"Kami Baru Tiga Bulan Mendirikan Rumah Tangga"




KUALA LUMPUR - Seorang daripada warden yang meninggal dunia dalam tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Dato Keramat di sini pagi tadi, baru mendirikan rumah tangga tiga bulan lalu.

Mohd Amirulnizam Sukarno, 25, dikatakan mula bertugas di pusat tahfiz berkenaan awal tahun ini sebelum melangsungkan perkahwinan dengan Noor Fatihah Osman, 23, di sini, Mei lalu.

Ibu saudara mangsa, Asmah Yaacob, 50, berkata pasangan itu mengadakan majlis persandingan di kampung Allahyarham di Kelantan, dua minggu lalu.

"Saya hadir ke majlis itu dan itulah kali terakhir kami bertemu," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Allahyarham disifatkan sebagai seorang yang baik, penyayang dan amat menghormati orang tua.

Isteri mangsa yang masih menuntut di sebuah universiti dan berada di lokasi kejadian, masih trauma dengan kejadian itu dan terpaksa ditenangkan oleh ahli keluarga.

Kejadian kira-kira jam 5.30 pagi tadi mengorbankan 21 pelajar dan dua guru tahfiz berkenaan. - Apakes

"Kami Baru Tiga Bulan Mendirikan Rumah Tangga" "Kami Baru Tiga Bulan Mendirikan Rumah Tangga" Reviewed by Lina Slayer on 02:53:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.