Kanak-Kanak Maut Didera Ibu, Teman Lelaki




PONTIAN - Kanak-kanak perempuan berusia empat tahun meninggal dunia di Hospital Pontian, di sini, semalam, dipercayai akibat didera oleh ibu dan teman lelakinya.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Zakaria Abd Rahman, berkata kanak-kanak itu meninggal dunia pada jam 1.30 tengah hari ketika pasangan itu membawa mangsa untuk mendapatkan rawatan.

Beliau berkata, pemeriksaan awal pihak hospital mendapati ada kesan lebam di seluruh anggota badan dan kedua-dua belah mata mangsa, yang dikenali sebagai Nurul Natasya Abdullah.

Katanya, berdasarkan siasatan, ibu mangsa, Nurul Farhana Jamaludin, 22, yang berasal dari Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur dan teman lelakinya, Farid Faizal Hui, mengaku pasangan kekasih dan tinggal di sebuah bilik sewa di Taman Juta, Pontian sejak pertengahan Ogos lalu.

"Kedua-dua suspek mengaku memukul mangsa beberapa kali dengan mendakwa kanak kanak itu terlalu nakal.

"Selain itu, kedua-dua suspek tiada rekod jenayah lampau dan negatif dadah," katanya, hari ini.

Zakaria berkata, mereka ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Katanya, bedah siasat dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian. - Apakes

Kanak-Kanak Maut Didera Ibu, Teman Lelaki Kanak-Kanak Maut Didera Ibu, Teman Lelaki Reviewed by Lina Slayer on 16:29:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.