Kedai Makan Musnah Dibadai Ribut




IPOH - Sebuah kedai makan di Laluan Persiaran Tebing Tinggi, Kampung Temiang di sini musnah dibadai ribut petang tadi.

Kejadian jam 5 petang itu turut mengakibatkan sebuah lagi rumah yang terletak berdekatan dengannya terjejas.

Pemilik kedai makan, Adam Dolah, 38, berkata ketika kejadian dia seorang diri sedang membuat persiapan untuk membuka kedai makannya sebelum ribut datang secara tiba-tiba mengakibatkan keadaan jadi tak terkawal.

"Angin terlalu kuat dan saya terus berlari keluar dari kawasan kedai.

"Saya terdiam dan hanya mampu melihat sahaja kedai ranap dan musnah di depan mata," katanya di sini.

Katanya, dia yang sudah 10 tahun menjalankan perniagaan terpaksa menanggung kerugian lebih RM15,000 apabila keseluruhan bahagian kedai yang disewa terjejas termasuk kerusi, meja, perkakas dapur dan elektrik rosak teruk.

Seorang lagi mangsa, Mohd Aizuddin Azman, 27, berkata dua khemah yang dipasang pada bahagian garaj rumahnya terbalik akibat kejadian itu selain bekalan elektrik terputus.

Katanya, ketika kejadian dia berada di dalam rumah bersama nenek dan dua lagi ibu saudara.

"Saya lihat kedua-dua khemah terbalik dan tersangkut pada wayar elektrik yang kemudiannya mengakibatkan bekalan elektrik terputus," katanya.

Katanya, selain khemah rosak beberapa atap rumah turut terjejas dan diterbangkan angin. - Apakes

Kedai Makan Musnah Dibadai Ribut Kedai Makan Musnah Dibadai Ribut Reviewed by Lina Slayer on 03:03:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.