Kemunculan Api Misteri Memusnahkan Rumah




Kota Bharu - Kemunculan api misteri membakar beberapa barang di dalam rumah milik sekeluarga di Kampung Penambang Mas, Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB), di sini, sudah berlarutan selama 10 tahun.

Namun, kebakaran ketika itu berlaku kecil-kecilan sehingga jam 10.30 pagi semalam, ia memusnahkan rumah mereka dan rumah saudara yang terletak bersebelahan kediaman itu.

Turut terbakar 20 peratus adalah rumah jiran mereka.

Menurut Wan Norfatiha Wan Hanafi, 19, dia menyedari api tiba-tiba membakar dinding di ruang tamu rumah ketika mahu ke tandas untuk mandi.

“Panik melihat api itu saya segera memanggil adik Wan Norfatini, 17, yang ketika itu berada di dalam tandas dan nenek, Zainab Sulaiman, 80, yang bersolat sunat dhuha untuk keluar menyelamatkan diri. - Apakes

Kemunculan Api Misteri Memusnahkan Rumah Kemunculan Api Misteri Memusnahkan Rumah Reviewed by Lina Slayer on 15:55:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.