Kereta Terjunam Dalam Gaung, Bayi Maut




JELI - Penghujung cuti Aidiladha menjadi detik pilu sepasang suami isteri apabila bayi lelaki mereka berusia tiga bulan maut selepas kereta dinaiki terjunam ke dalam gaung di Batu 15, Lebuhraya Timur Barat, Pergau di sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 6 petang itu, pegawai polis, Hilmifarizal Saad, 31, menaiki kereta bersama isteri, Nor Fariza Zainol, 31, dan dua anak, Hani Zafira, dua tahun serta Mohd Hadif, tiga bulan.

Empat beranak berkenaan dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah di Pengkalan Chepa dari Alor Setar, Kedah.

Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintendan Mohd Yusuff Jaafar, berkata jenis Toyota Vios dipandu Hilmifarizal dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung.

Akibat kejadian itu, Mohd Hadif meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Mohd Shahril Mohd Sa'aid, berkata pihaknya mendapat panggilan berhubung kejadian pada jam 6.40 petang sebelum menghantar sebuah jentera ke lokasi kejadian.

Katanya, keempat-empat mangsa tersepit dan pihaknya mengambil masa kira-kira empat jam untuk mengeluarkan mangsa.

"Kita mengeluarkan mangsa pertama jam pada jam 8.54 malam manakala mangsa terakhir kanak-kanak perempuan jam 12 tengah malam.

"Semua mangsa dihantar ke Hospital Jeli untuk rawatan lanjut manakala mayat bayi itu menjalani proses bedah siasat," katanya yang turut mendapat bantuan dari Balai Bomba dan Penyelamat Grik.

Sementara itu, ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali berkata, pasangan terbabit bertolak dari Alor Setar jam 12 tengah hari.

"Mereka pulang ke kampung sempena Aidiladha dan dalam perjalanan pulang ke rumah kerana Hilmifarizal akan kembali bekerja," katanya ketika ditemui di Hospital Jeli, hari ini. - Apakes
Kereta Terjunam Dalam Gaung, Bayi Maut Kereta Terjunam Dalam Gaung, Bayi Maut Reviewed by Lina Slayer on 13:11:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.