Lelaki Maut Kereta Rempuh Bas




KAMPUNG GAJAH - Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya merempuh sebuah bas henti-henti di Jalan Felcra Changkat Lada, di sini hari ini.

Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, Muhammad Sukri Abdul Salim, 26, yang memandu kereta PERODUA Myvi maut di tempat kejadian, manakala pemandu bas berusia 35 tahun dan seorang penumpang wanita bas berusia 52 tahun tidak cedera.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah, berkata siasatan awal mendapati bas berkenaan dalam perjalanan dari perhentian bas Felcra Changkat Lada menghala ke perhentian bas Teluk Intan.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, secara tiba-tiba kereta dipandu mangsa yang datang dari arah bertentangan memasuki ke laluan bas berkenaan.

"Akibat kemalangan itu, pemandu kereta Myvi cedera parah sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu dan penumpang bas tidak cedera.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Changkat Melintang untuk bedah siasat. "Siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. - Apakes

Lelaki Maut Kereta Rempuh Bas Lelaki Maut Kereta Rempuh Bas Reviewed by Lina Slayer on 14:32:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.