Mangsa Lain Belum Disahkan - Bomba




KUALA LUMPUR - Kewujudan beberapa lagi mangsa tidak direkodkan dalam kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keralat Hujung, pagi tadi, masih belum dapat disahkan.

Ini kerana pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, hanya menerima butiran identiti mangsa dari pihak pengurusan pusat tahfiz berkenaan.

Pengarahnya, Khirudin Drahman, berkata pada masa ini hanya nama pelajar dan guru yang terkorban dan terselamat diterima sebelum direkodkan.

"Hanya mereka (pengurusan tahfiz) yang mengetahui jumlah sebenar pelajar dan kakitangan yang berada di dalam pusat tahfiz terbabit ketika kebakaran.

"Kita akan jalankan siasatan menyeluruh berkaitan kejadian ini, termasuk mendapatkan maklumat daripada mangsa yang terselamat.

"Dan jika ada yang mendakwa diri mereka adalah sebahagian daripada mangsa kita akan ambil keterangan mereka," katanya ketika dihubungi BH sebentar tadi.

Terdahulu, BH melaporkan terdapat seorang bayi dan wanita yang berkemungkinan turut berada dalam pusat tahfiz berkenaan semasa kebakaran berlaku.

Berdasarkan kenyataan guru dan pelajar pusat tahfiz itu, wanita terbabit sempat menyelamatkan diri dengan lari melalui tangga yang sedang terbakar dan dipenuhi asap tebal selepas menyerahkan bayinya kepada beberapa pelajar untuk dibawa keluar melalui tingkap yang dipecahkan di tingkat 3.

Bagaimanapun, setakat ini tiada sebarang pengesahan rasmi diterima dari pihak Polis Kuala Lumpur dan Bomba.

Sehingga jam 10.30 malam tadi, jumlah mangsa yang terkorban adalah seramai 21 pelajar dan dua guru lelaki manakala, lima pelajar lelaki lain mengalami kecederaan selain sembilan pelajar dan dua guru lelaki disahkan terselamat. - Apakes
Mangsa Lain Belum Disahkan - Bomba Mangsa Lain Belum Disahkan - Bomba Reviewed by Lina Slayer on 02:08:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.