Mangsa Tembak Hubungi Bantuan Polis Sebelum Terkulai




Lipis - Seorang peniaga runcit sempat menelefon anggota polis untuk meminta bantuan, sejurus dihujani tujuh das tembakan ketika berada dalam kenderaan pacuan empat roda di Jalan Besar Kuala Medang-Sg Koyan di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa Hassan Basri Ahmad Sutan Modo, 55, ditemui dalam keadaan lemah oleh anggota polis yang bergegas ke lokasi, sebelum mengejarnya untuk rawatan kecemasan di Klinik Sungai Koyan di sini.

Ketika kejadian, mangsa yang memandu Toyota Hilux, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Raub sebelum didatangi lima lelaki bersenjatakan pistol, yang menghalang perjalanannya serta melepaskan tembakan dari jarak dekat.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azry Akmar Ayob, berkata siasatan awal mendapati kumpulan suspek melepaskan tujuh das tembakan ke arah mangsa menyebabkan lelaki itu cedera parah pada beberapa bahagian anggota badan. - Apakes

Mangsa Tembak Hubungi Bantuan Polis Sebelum Terkulai Mangsa Tembak Hubungi Bantuan Polis Sebelum Terkulai Reviewed by Lina Slayer on 03:00:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.