Mata Kucing Dicungkil, Pengguna Laman Sosial Berang




Kucing merupakan salah satu haiwan kesayangan manusia. Alangkah sedihnya melihat seekor kucing dicungkil matanya oleh manusia yang zalim dan tidak mempunyai perasaan kasihan terhadap haiwan manja itu.

Seorang wanita cuba untuk menyelamatkan kucing tersebut namun gagal apabila ia meninggal dunia sebelum sempat menerima rawatan.

Surita Yahaya, 25 tahun, berasa geram dan marah apabila niatnya untuk menyelamatkan kucing malang itu tidak kesampaian kerana ia mati beberapa minit sebelum menerima rawatan di sebuah klinik haiwan.

Surita memberitahu bahawa dia menjumpai kucing yang dipanggil ‘Kasem Selamat’ di Medan Selera Taman Putra Perdana, Puchong beberapa hari lepas sebelum membawa Kasem ke klinik haiwan pada keesokan harinya.

“Saya jumpa Kasem Selamat di tandas lelaki dengan bantuan seorang rakan Facebook yang memaklumkan tentang keadaan kucing itu yang buta. Saya namakannya Kasem Selamat sebab ‘dia’ mengiau walaupun pertama kali saya memanggilnya dengan nama itu,” jelas wanita berasal dari Melaka itu.

“Bila lihat keadaan Kasem, saya tergamam, saya terfikir orang gila mana yang sanggup cungkil biji matanya, rasa macam nak cari orang tu dan korek mata dia macam mana dia buat pada Kasem,” ujarnya.

Bukan sahaja dirinya yang ingin ‘membalas dendam’ terhadap si pelaku yang mencederakan Kasem, tetapi pengguna laman sosial turut berkongsi perasaan yang sama apabila membaca statusnya mengenai kucing itu.

Selain itu, Surita turut berasa kesal apabila dia tidak dapat menyelamatkan nyawa Kasem walaupun sempat membawa kucing itu ke klinik haiwan pada sehari selepas dia menjumpai Kasem.

“Misi saya untuk selamatkan Kasem gagal. Doktor kata Kasem mungkin mati disebabkan jangkitan sudah sampai ke otak atau dehidrasi, memang saya salahkan orang yang mencungkil matanya itu,” katanya dalam nada sedih.

Menurutnya, dia yakin perbuatan zalim ini dilakukan oleh warga asing yang berada di kawasan tempat dia menjumpai Kasem.

“Peniaga di medan selera beritahu dua, tiga hari sebelum saya bertemu Kasem mereka nampak sekumpulan warga asing mengambilnya jadi saya anggap mereka suspek utama,” jelasnya.

“Naluri saya kuat menyatakan ia perbuatan mereka sebab ada warga asing pernah beritahu ibu saya daging kucing sedap, matanya mereka makan sebagai ‘ubat’,” sambungnya.

Sebelum ini, Surita telah menyelamatkan beberapa ekor kucing terbiar di jalanan untuk merawat mereka hingga pulih kerana dia begitu menyayangi haiwan terutama kucing.

Diharap akan ada lebih ramai manusia berhati mulia seperti wanita ini yang sanggup menyelamatkan kucing-kucing terbiar agar tiada lagi kes kejam terhadap haiwan sebegini berlaku di masa akan datang. - Apakes
Mata Kucing Dicungkil, Pengguna Laman Sosial Berang Mata Kucing Dicungkil, Pengguna Laman Sosial Berang Reviewed by Lina Slayer on 17:08:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.