Maut 4WD Bertembung Treler




BINTULU - Dua warga China antara tiga lelaki maut selepas pacuan empat roda (4WD) jenis Toyota Hilux dinaiki bertembung dengan treler di jambatan Sungai Sebemban, Semarakan di Jalan Bintulu-Tatau di sini, hari ini.

Warga tempatan, Kong Tze Hua, 57, yang memandu kereta itu serta dua warga China dikenali sebagai Chen Hau, 44, dan Zhau Su Guang, 48, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Seorang lagi warga China yang menumpang kereta berkenaan, Tam Tian Ping, 44, cedera parah manakala pemandu treler Sukri Julai, 44, bersama kelindannya Khairul Rizal Abdul Rashid, 24, cedera ringan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii, berkata 4WD itu dalam perjalanan dari arah Bintulu menghala ke Sibu manakala treler dari arah bertentangan.

"Pertembungan menyebabkan kedua-dua kenderaan terbabas ke bahu jalan manakala empat mangsa yang menaiki 4WD berkenaan tersepit.

"Bomba menerima panggilan pada jam 7.45 pagi dan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu dikejarkan ke tempat kejadian yang terletak 30 kilometer (km) dari balai.

"Setibanya di lokasi pada jam 8.13 pagi, anggota kami menggunakan pemotong bagi memisahkan kenderaan dan mengeluarkan mangsa," katanya.

Ling Hii berkata, anggota paramedik dari Hospital Bintulu yang turut berada di lokasi mengesahkan tiga mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi penumpang yang cedera parah dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut. - Apakes

Maut 4WD Bertembung Treler Maut 4WD Bertembung Treler Reviewed by Lina Slayer on 14:47:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.