Maut Kereta Terbabas Rempuh Pokok




PENAMPANG - Seorang lelaki maut apabila kereta PERODUA Axia yang dinaiki bersama dua rakannya terbabas dan merempuh pokok di Jalan Penampang-Kota Kinabalu, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, mangsa berusia 20 tahun, dari Taman Keramat, Kota Kinabalu, meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala dua rakannya, termasuk pemandu Axia, hanya cedera ringan.

Mangsa yang dipercayai duduk di bahagian penumpang hadapan itu tersepit dan dikeluarkan dengan bantuan orang awam.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Rosley Hobden, berkata mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan dari Hospital Queen Elizabeth (QEH) yang dikejarkan ke tempat kejadian.

"Dua lagi rakan mangsa dilaporkan stabil selepas menerima rawatan di hospital," katanya, di sini, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. - Apakes
Maut Kereta Terbabas Rempuh Pokok Maut Kereta Terbabas Rempuh Pokok Reviewed by Lina Slayer on 00:31:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.