Maut Selepas 24 Jam Bertarung Nyawa




DUNGUN - Selepas hampir 24 jam bertarung nyawa, seorang remaja yang kritikal akibat kemalangan di Kilometer 340.9 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat Paka semalam, meninggal dunia pagi ini.

Syed Ahmad Irfan Fatihi Syed Syahidi, 14, meninggal dunia kira-kira jam 6.30 pagi tadi ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.

Dalam kemalangan kira-kira jam 10.30 pagi semalam, kereta jenis Nissan XTrail dipandu bapa saudaranya, Syed Ahmad Fazrul Syed Mohammad, 30, dari arah Kuala Terengganu ke Kuantan, Pahang, dipercayai terbabas sebelum terbalik di lokasi terbabit.

Akibat kemalangan itu, cermin depan kenderaan terbabit tercampak ke laluan bertentangan.

Sebuah kereta Toyota Vios yang cuba mengelak daripada melanggar cermin berkenaan turut terbabas lalu merempuh pembahagi jalan.

Kemalangan menyebabkan abang mangsa, Syed Ahmad Hakim Hilmi Syed Syahidi, 18, patah tangan kanan manakala adiknya, Syed Ahmad Azfar Safuan Syed Syahidi,13, cedera ringan.

Bapa saudaranya dilaporkan cedera di kepala.

Semua mangsa dibawa ke Hospital Dungun sebelum dirujuk ke HSNZ untuk rawatan lanjut.

Difahamkan, pemandu Toyota Vios terbabit, Endra Sidek, 37, tidak mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub, ketika dihubungi berkata, kereta dinaiki mangsa dikatakan berkonvoi dengan beberapa kenderaan dalam perjalanan dari simpang Tok Ku, Kuala Terengganu untuk ke Melaka sebelum terbabit dalam kemalangan itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Apakes
Maut Selepas 24 Jam Bertarung Nyawa Maut Selepas 24 Jam Bertarung Nyawa Reviewed by Lina Slayer on 19:43:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.