Maut Tercampak Keluar Dari Lori




HULU SELANGOR - Seorang pemandu lori tangki maut akibat tercampak selepas kenderaan berat dipandu terbabit kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 437.2 Lebuh raya Utara Selatan menghala selatan berhampiran Sungai Buaya-Rawang, dekat sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, Muhammad Shahid Abdullah, 34, yang berasal dari Sungai Petani, Kedah maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila lori tangki dipandu mangsa melanggar bahagian belakang sebuah treler membawa muatan kabel yang bergerak di lorong perlahan.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Alimaddia Bukri, berkata akibat perlanggaran itu, mangsa dikatakan tercampak dari kenderaannya dan meninggal dunia.

"Sepasukan anggota dari Balai Bomba Rawang dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 1.32 pagi.

"Operasi tamat pada jam 2.03 pagi dan mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya. - Apakes

Maut Tercampak Keluar Dari Lori Maut Tercampak Keluar Dari Lori Reviewed by Lina Slayer on 15:03:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.