"Memang Ia Menjejaskan Imej Saya" - Datuk Ray Imran




Kemelut rumah tangga pasangan Hafiz Hamidun dan Joy Revfa yang tercetus baru-baru ini bukan sahaja membabitkan soal hukum hakam agama, malah turut melibatkan bekas suami usahawan terbabit, Datuk Ray Imran.

Katanya kekecohan yang terjadi turut membuatkan imejnya tercalar selepas menerima keceman hebat oleh orang ramai.

“Memang ia menjejaskan imej saya kerana mereka di luar sana (orang awam) tidak tahu sepenuhnya apa yang berlaku.

Mereka ambil (maklumat) sana sikit, ambil sini sikit dan gabungkan sebelum membuat kesimpulan sendiri. Itu yang saya kesalkan.

Sepatutnya mereka kena mendengar kenyataan semua pihak kerana saya pun tidak boleh bercakap dengan semua orang”

“Sepatutnya permohonan cerai taklik ini tidak perlu dipohon. Pengesahan cerai itu sepatutnya saya yang lakukan dan sepatutnya bila mereka tidak dapat, mereka sepatutnya menghubungi saya.

Saya juga tidak dimaklumkan ketika mereka ke sana,” jelasnya.

Dalam masa yang sama Ray juga sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa penerbitan yang membuat cerita tanpa pengesahan maklumat yang betul mengenai isu rumah tangga bekas isterinya.

Dalam kontroversi itu, Ray turut kecewa kerana dikritik seolah-olah beliau tidak memberikan kerjasama.

Difahamkan permohonan pengesahan pernikahan antara Joy dan Ray difailkan pada 23 Ogos lalu.

Sementara itu, peguam syarie Ismail Mohd yang mewakili Joy berkata, Mahkamah Tinggi Syariah sudah menetapkan 19 September ini untuk pendengaran permohonan pengesahan pernikahan antara anak guamnya dengan Ray di Thailand pada 2015. - Apakes
"Memang Ia Menjejaskan Imej Saya" - Datuk Ray Imran "Memang Ia Menjejaskan Imej Saya" - Datuk Ray Imran Reviewed by Lina Slayer on 14:39:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.