Nabila Mula Misi Tawan Annapurna




Nabila, yang ditemani beberapa rakan, mendapat keizinan suami, Mohd Izwan Johar atau lebih dikenali sebagai Bert untuk menyertai misi yang dijangka mengambil tempoh dua minggu itu.

Berkongsi pengalaman sepanjang pendakian, Nabila dan teman merakam perjalanan mereka untuk disunting menjadi program travelog spontan.

"Selepas berbulan-bulan berada di set penggambaran drama rantaian, Aurora, saya teruja mencapai impian yang sudah lama terpendam.

"Bert cukup memahami dan memberi keizinan untuk saya bercuti secara solo. Dia faham saya mahu ruang untuk bersendiri.

"Biarpun tidak cukup berlatih, saya harap mental dan fizikal saya kuat untuk memulakan pendakian, hari ini. Doakan supaya segala-galanya dipermudahkan," katanya.

Nabila juga mendapat tajaan produk aktiviti lasak, Karrimor dan Uniqlo untuk menjayakan misi menawan Annapurna. - Apakes
Nabila Mula Misi Tawan Annapurna Nabila Mula Misi Tawan Annapurna Reviewed by Lina Slayer on 02:17:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.