"Natasha Sudah Mohon Maaf, Dia Tidak Berniat Untuk Menganiayai HIdup Saya" - Fathia Latiff




Enggan terus terseret dengan pembohongan, aktres kontroversi, Nur Fathia Abdul Latiff, 30, akhirnya membuka mulut mengenai isu video aksi 'panas' yang viral, sejak minggu lalu.

Selepas merenung kesilapan diri, Fathia mengaku tiada gunanya berdolak dalih mengenai video yang memaparkan seorang wanita mirip dirinya, berpakaian seksi dan menari bersama pelakon baharu, Natasha Elyzza.

"Saya malu mahu menyatakan dua video yang tersebar itu ialah diri saya. Selepas berfikir selama beberapa hari, saya ambil keputusan mahu bercakap benar, walaupun hakikatnya mungkin perit untuk saya telan.

"Saya tidak mahu memanjangkan kontroversi dan terus menimbulkan tanda tanya. Saya fikir jujur lebih baik dan diredai walaupun saya terima cemuhan. Suka atau tidak, saya harus pikul bebanan hebat atas perbuatan saya.

"Sejujurnya, saya tidak sengaja memalukan wanita Melayu bertudung dengan menunjukkan contoh tidak baik. Video itu bocor dan ia bukan untuk tontonan umum.

"Saya mohon maaf atas keterlanjuran perbuatan saya," katanya.

Fathia berkata, dia tidak menyangka video Bigo Live boleh dipertontonkan kepada umum.

"Jujurnya, saya tidak tahu aplikasi Bigo Live. Saya fikir Natasha merakamkan video hanya untuk simpanan peribadi. Sebab itulah, saya tidak bertudung dan berperangai 'gila-gila' sekadar mahu berseronok dalam video itu," katanya.

"Ketika itu, saya, Natasha dan beberapa teman wanita menyewa sebuah villa di Kuala Lumpur untuk bercuti.

"Bagaimanapun, apabila video itu tersebar, saya tergamam. Saya masih berakal dan waras, tidak mungkin saya menunjukkan bahagian anggota sulit untuk tontonan satu dunia.

"Apapun, nasi sudah menjadi bubur. Natasha sudah pun memohon maaf sambil menangis, dia tidak berniat menganiayai hidup saya. Natasha kawan yang baik," katanya.

Pelakon yang popular menerusi deretan drama seperti Ariana Rose, Dia Isteri Luar Biasa dan Plan Cinta Tak Jadi itu berkata, dia reda dengan apa yang berlaku.

"Mungkin Allah mahu menunjukkan pengajaran dan teladan buat saya. Saya akan lebih berhati-hati dengan apa juga rakaman video selepas ini.

"Saya hanya manusia biasa, kadang kala saya hanya mahu bergembira dengan teman wanita yang saya rapat, tetapi tidak sangka, video mencolok mata pula tersebar," katanya. - Apakes
"Natasha Sudah Mohon Maaf, Dia Tidak Berniat Untuk Menganiayai HIdup Saya" - Fathia Latiff "Natasha Sudah Mohon Maaf, Dia Tidak Berniat Untuk Menganiayai HIdup Saya" - Fathia Latiff Reviewed by Lina Slayer on 14:51:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.