Nora Danish Sah Hamil 3 Bulan, Suami Teruja




Jika sebelum ini ramai peminat sudah menjangkakan bahawa Nora Danish sudah mengandung, kini perkara tersebut disahkan sendiri oleh empunya badan dan pastinya perkara tersebut membuatkan pasangan ini sangat teruja dengan cahaya mata yang kini sudah sudah menjagnkau 3 bulan dalam kandungan.

“Saya gembira dengan berita ini, …suami lagilah bertambah teruja. Cuma pada peringkat awal dan atas nasihat doktor, saya tidak boleh terburu-buru. Pada usia saya sekarang, apa saja boleh terjadi”

“Saya kena lebih berhati-hati dan atas nasihat doktor serta suami, kerja seni terpaksa diperlahankan. Tumpuan saya sekarang lebih kepada menjaga kandungan dalam perut ini,” kongsinya.

Malah tambah Nora, suaminya iaitu Nedim Nazri turut gembira dengan perkara tersebut selain menyatakan ia keterujaan yang berbeza walaupun sebelum ini Nedim sudah mempunyai cahaya mata.

“Sekalipun saya dan suami sudah mempunyai pengalaman memiliki anak, keterujaan itu jadi berbeza. Malah, ini menjadi tanda cinta saya dan suami. Nampaknya impian Rayqal hendak ada adik akhirnya dipermudahkan”

“Sebelum ini pun, dialah yang begitu mahu saya berikan adik,” katanya lagi. Apa pun, semoga kesihatan Nora sentiasa terjaga sepanjang kehamilan dan segalanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. - Apakes
Nora Danish Sah Hamil 3 Bulan, Suami Teruja Nora Danish Sah Hamil 3 Bulan, Suami Teruja Reviewed by Lina Slayer on 23:39:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.