Pasangan Pensyarah Direman

 


AYER KEROH - Sepasang suami isteri yang juga pensyarah sebuah universiti di sini, direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan membabitkan salah guna kuasa dengan nilai kira-kira RM52,000.

Perintah reman ke atas pasangan yang masing-masing bertugas di Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Fakulti Teknologi Kejuruteraan berusia 35 dan 32 tahun itu, dikeluarkan Majistret Mahkamah Ayer Keroh, Analia Kamaruddin.

Penahanan suspek bagi membolehkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Terdahulu, suspek yang berpakaian lokap SPRM tiba di perkarangan kompleks mahkamah pada jam 11 pagi dengan diiringi pegawai SPRM, sebelum keluar kira-kira 30 minit kemudian.

BH hari ini melaporkan sepasang suami isteri berjawatan pensyarah, ditahan kira-kira jam 2 petang semalam, di pejabat SPRM Melaka, ketika hadir memberi keterangan bagi membantu siasatan salah guna kuasa.

Penahanan dibuat selepas disyaki menyalahgunakan kuasa dengan mencadangkan kepada pihak pengurusan fakulti untuk memilih syarikat milik mereka bagi pembelian barang makmal serta perkhidmatan penyelidikan membabitkan nilai RM52,000 antara Mac 2015 dan Jun 2016. - Apakes
Pasangan Pensyarah Direman Pasangan Pensyarah Direman Reviewed by Lina Slayer on 13:04:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.