Pelajar Cuba Curi Hentak Kepala Guru Dengan Batu




LAHAD DATU - Seorang guru wanita menerima 17 jahitan di kepala selepas dihentak dengan batu oleh seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun yang cuba mencuri wang tunai miliknya, Isnin lalu.

Dalam kejadian jam 1.50 tengah hari, guru berusia 23 tahun itu sedang solat Zuhur di surau sebuah sekolah rendah di daerah ini.

Keadaan mangsa dilaporkan stabil dan kini dirawat di Hospital Lahad Datu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din, berkata suspek yang juga pelajar sebuah sekolah menengah berhampiran dapat ditahan beberapa guru dan pengawal keselamatan yang menyedari kejadian itu selepas terdengar jeritan mangsa.

"Ketika tahiyat akhir, suspek menghentak kepala mangsa dengan batu kemungkinan bimbang cubaannya untuk mencuri disedari guru terbabit.

"Terkejut dengan kejadian itu, mangsa menjerit sebelum pengawal keselamatan dan guru lain menangkap suspek dan menyerahkannya kepada polis," katanya ketika dihubungi, di sini.

Ramli berkata, siasatan mendapati suspek ponteng sekolah dan datang ke surau sekolah tempat mangsa mengajar dipercayai untuk mencuri.

Suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 393 kerana cuba melakukan rompak dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu sengaja menyebabkan cedera menggunakan senjata atau lain-lain benda berbahaya. - Apakes

Pelajar Cuba Curi Hentak Kepala Guru Dengan Batu Pelajar Cuba Curi Hentak Kepala Guru Dengan Batu Reviewed by Lina Slayer on 12:50:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.