Pelajar Tahfiz Ditendang, Dirotan Guru




KUALA TERENGGANU - Seorang pelajar sebuah madrasah tahfiz di Kampung Raja, Besut, cedera di belakang badan dan lengan akibat ditendang dan dirotan dua gurunya kerana dituduh mencuri.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, mangsa yang berusia 12 tahun itu dikatakan dipukul dengan rotan dan ditendang beberapa kali di bahagian badan selepas tidak mengaku mencuri duit rakannya.

Berikutan itu, seorang guru madrasah itu yang berusia 26 tahun ditahan sebaik laporan berhubung kejadian dibuat mangsa kira-kira jam 10.30 pagi tadi dan sedang mengesan seorang lagi guru yang terbabit.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Rowi, berkata mangsa dipanggil oleh dua gurunya dan diarah masuk ke bilik warden di masdrasah terbabit.

Katanya, mangsa kemudiannya disoal oleh guru terbabit berhubung kes kecurian itu, namun mangsa menafikan terbabit dan kemudiannya dipukul hingga mengalami kecederaan di badan dan lengan.

"Mangsa tampil bersama ahli keluarga di Balai Polis Kampung Raja untuk membuat laporan dan dibawa ke Hospital Besut untuk rawatan.

"Kecederaan mangsa bagaimanapun tidak serius," katanya.

Zamri berkata, pemeriksaan di madrasah terbabit, polis merampas sebatang rotan dipercayai digunakan suspek dalam kejadian itu untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata. - Apakes

Pelajar Tahfiz Ditendang, Dirotan Guru Pelajar Tahfiz Ditendang, Dirotan Guru Reviewed by Lina Slayer on 02:55:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.