Pemandu Maut Dihempap Lori




BACHOK - Takdir seorang pemandu lori apabila dia maut dihempap lori dipandunya di tapak kuari Gunung, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari tadi, mangsa, Mohd Suhairi Daud, 29, maut di tempat kejadian akibat kecederaan di bahagian kepala.

Mangsa dipercayai sedang memandu lori muatan batu di kawasan kuari sebelum menyedari kenderaan yang dipandu itu tidak stabil.

Mangsa kemudiannya dipercayai melompat keluar daripada kenderaan untuk menyelamatkan diri namun dihempap batu sebelum dia turut dihempap lorinya yang terbalik.

Isteri mangsa, Nur Ainiha Ismail, 27, berkata dia mengetahui kejadian yang menimpa suaminya pada jam 3 petang apabila diberitahu tahu rakan sekerja yang datang ke rumahnya di Kampung Padang Kala, Melor.

Katanya, dia terus ke lokasi kejadian namun suaminya sudah meninggal dunia.

"Suami kelihatan ceria dan saya sempat bersalaman dengan arwah sebelum dia keluar bekerja," katanya yang mempunyai dua anak iaitu Nur Amelia Salwa, 7 dan Nur Adelia Syafika, 3.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Nik Aminuddin Raja Abdullah mengesahkan kejadian itu.
Pemandu Maut Dihempap Lori Pemandu Maut Dihempap Lori Reviewed by Lina Slayer on 14:35:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.