Pemandu Nyaris Tertusuk Besi Kereta Terbabas




BAHAU - Seorang lelaki nyaris tertusuk besi penghadang jalan dalam kemalangan di Jalan Mahsan-Bahau di sini, hari ini.

Kejadian kira-kira jam 7 pagi itu menyebabkan Mohd Nor Hamdi Abdul Hawan, 30, yang memandu bersendirian dari arah Bandar Seri Jempol, cedera di tangan dan muka.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Seri Jempol, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Fahmi Abdullah, berkata pihaknya menerima panggilan jam 7.07 pagi dan menghantar tujuh anggota ke lokasi.

Katanya, kejadian dipercayai apabila mangsa gagal mengawal keretanya lalu terbabas ke laluan bertentangan dan merempuh pembahagi jalan.

"Sebaik tiba kami mendapati mangsa tersepit di tempat duduknya dalam keadaan badan hampir tertusuk besi penghadang jalan yang menembusi kenderaannya.

"Bomba mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengeluarkannya dari kenderaan," katanya di sini, hari ini.

Mohd Fahmi berkata, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Jempol untuk mendapatkan rawatan.
 - Apakes

Pemandu Nyaris Tertusuk Besi Kereta Terbabas Pemandu Nyaris Tertusuk Besi Kereta Terbabas Reviewed by Lina Slayer on 21:24:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.