Peminat Tegur Penampilan Fattah Amin




Sejak namanya kian popular, pelakon Fattah Amin sentiasa menjadi perhatian peminat.

Bintang drama bersiri Hero Seorang Cinderella ini memberitahu, peminat bukan saja memerhati setiap gerak-geri tetapi juga penampilannya.

“Ada peminat memerhati saya dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Kadang-kadang, mereka akan menegur kalau berasakan kuku dan rambut saya panjang,” katanya selepas pelancaran satu produk kecantikan, baru-baru ini.

Menurut pelakon itu, dia tidak kisah peminat menegur penampilannya kerana menganggap ia perkara baik.

“Sebagai selebriti, penampilan sangat penting. Menyedari diri sentiasa diperhatikan peminat, saya selalu buat rawatan kuku dan ke spa supaya nampak bersih serta kemas.

“Setiap bulan, saya pasti mengunjungi salun jika ada kelapangan,” katanya.

Kata Fattah, setiap hari dia turut meluangkan masa menggunakan produk penjagaan rambut dan kulit.

“Produk digunakan seperti pencuci muka, pelembap kulit dan mengambil makanan tambahan.

“Lagipun, saya tidak boleh kerap terdedah kepada sinaran matahari kerana cepat terkena selaran matahari dan ini boleh menjejaskan tona kulit,” katanya.

Bercerita mengenai perkembangan kariernya, Fattah bakal melancarkan single baru berjudul 1,2,3 4U pada Oktober ini.

“Menerusi single ini, saya berduet dengan seorang penyanyi kanak-kanak. Siapa orangnya, saya hanya akan dedahkan pada hari pelancaran kelak,” katanya.

Disebabkan terlalu sibuk dengan penggambaran, sukar untuk Fattah fokus terhadap karier nyanyian.

“Selepas tamat penggambaran drama Coffee Prince, saya mahu berehat sementara untuk memberi fokus kepada kerja lain,” katanya.

Menurut pelakon ini, dia akan mengembangkan perniagaan selain menghadiri kelas vokal pada tahun hadapan.

“Ada banyak perkara saya mahu lakukan selepas ini. Saya juga perlu fokus menyelesaikan pengajian di Universiti Utara Malaysia,” katanya. - Apakes
Peminat Tegur Penampilan Fattah Amin Peminat Tegur Penampilan Fattah Amin Reviewed by Lina Slayer on 02:08:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.