Pemuda Maut, Motosikal Terbakar




MELAKA - Seorang pekerja selenggara pendingin hawa maut selepas motosikal ditunggangnya terbalik sebelum terbakar dalam nahas tiga kenderaan di persimpangan lampu isyarat Limbongan Permai, di sini, malam tadi.

Kejadian kira-kira jam 10 malam yang mengorbankan Muhamad Shaiful Azman, 20, dipercayai berpunca daripada sebuah kereta Toyota Vios yang membuat pusingan U.

Mangsa yang menunggang Yamaha RXZ dalam perjalanan dari arah Limbongan menghala bandar Melaka. Seorang lagi penunggang Yamaha 125z berusia 21 tahun, juga dari arah sama turut kemalangan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad, berkata motosikal Muhamad Shaiful terbakar selepas terbalik dan mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Mangsa dipercayai meninggal dunia akibat kecederaan teruk di kepala. Seorang lagi penunggang meninggalkan lokasi kejadian selepas nahas itu dan belum membuat laporan," katanya.

Afzanizar berkata, mayat mangsa dihantar ke hospital untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Apakes
Pemuda Maut, Motosikal Terbakar Pemuda Maut, Motosikal Terbakar Reviewed by Lina Slayer on 16:52:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.