Penduduk Tegur Secara Baik




PETALING JAYA - "Niat saya hanya untuk memberi nasihat dan bukannya berceramah membabitkan soal agama hingga menimbulkan salah faham".

Itu penjelasan Mohamed Farith Mohamed Jamal, 37, berhubung penyebaran video dirinya menegur sikap warga Afrika yang tinggal di Flora Damansara berhubung penyalahgunaan dadah, meminum arak di khalayak ramai dan berpakaian tidak sopan.

Beliau berkata, video itu dirakam dengan kebenaran beliau bertujuan untuk disebarkan kepada masyarakat Afrika lain yang tinggal di situ saja namun, tidak menyangka ia dimuat naik di Internet dan tular.

Jelasnya, perjumpaan pada malam Rabu lalu di restoran itu sebahagian daripada rancangan televisyen yang ketika itu wartawan hadir membuat tinjauan mengenai masalah sosial di kawasan terbabit.

Beliau berkata, ketika itu terdapat kira-kira 15 penghuni warga Afrika yang sedang makan dan melepak di situ.

"Penjelasan dalam video itu hanyalah sebagai satu tanggungjawab sosial penduduk, dilakukan secara diplomasi dan tiada kena mengena dengan perkauman, agama mahupun warna kulit.

"Saya sekadar menjadi jurucakap mewakili penduduk kerana kemampuan untuk bertutur dalam bahasa Inggeris, menyuarakan kegusaran kami mengenai masalah sosial dibangkitkan mereka (warga Afrika) dan mereka menerima baik teguran itu.

"Saya akui menerima banyak kecaman daripada penyebaran video itu tetapi, saya tidak kesal. Malah, saya gembira kerana ia memberi impak terhadap komuniti Afrika di sini apabila masalah yang selama ini membelenggu penduduk dilihat berkurangan," katanya.

Katanya lagi, penyebaran video itu juga memberi kesedaran kepada kedua-dua pihak untuk bersikap lebih bertolak ansur dan saling hormat.

"Setakat ini, tiada lagi kehadiran warga Afrika mabuk pada waktu malam mahupun melepak di sekitar kawasan apartmen. Mereka juga sudah mula bertegur sapa dengan penduduk," katanya.

Sementara itu, seorang warga Afrika, Christ Kelechi, 30, yang mewakili penduduk Afrika di situ memohon maaf di atas perbuatan melampau yang dilakukan mereka selama ini.

Katanya, video itu amat memberi kesan kepada mereka dan berharap ia tidak akan berulang lagi.

"Kami amat menghormati budaya masyarakat di sini. Sekarang mereka (warga Afrika) sudah sedar dan akan mengambil serius teguran penduduk," katanya. - Apakes
Penduduk Tegur Secara Baik Penduduk Tegur Secara Baik Reviewed by Lina Slayer on 23:31:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.