Penerjun Tersangkut Di Tingkat 15




SIBU - Berpantang maut sebelum ajal. Itu yang berlaku kepada seorang penerjun udara bebas warga Australia yang terselamat selepas terhempas ke dinding kaca Wisma Sanyan di sini, ketika melakukan terjunan percubaan dari atas bangunan itu, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 9 pagi itu, tali payung terjun Gary Favre tersangkut di dinding bangunan itu yang menyebabkannya merempuh dinding kaca di tingkat 15 bangunan tertinggi di Sarawak itu, dipercayai akibat angin kencang.

Sebahagian dinding kaca di tingkat 15 bangunan turut pecah akibat rempuhan itu. Bagaimanapun, beliau hanya cedera ringan dengan luka di kaki dan paya, dipercayai terkena serpihan kaca.

Favre adalah seorang daripada peserta Sibu International BASE Jump 2017 yang melakukan terjunan percubaan hari ini, sebelum terjunan sebenar bermula esok.

Seramai 84 peserta dari 10 negara mengambil bahagian dalam program itu.

Residen Sibu, Hii Chang Kee, berkata mangsa bernasib baik kerana tali payung terjunnya tersangkut di dinding bangunan itu sebelum dibawa turun oleh pasukan penyelamat dan diberikan rawatan kecemasan.

"Beliau diberikan rawatan kecemasan di bilik perubatan yang disediakan di tapak terjunan sebelum dikejarkan ke hospital swasta untuk rawatan lanjut.

"Insiden seperti itu sering berlaku dalam aktiviti sukan BASE Jump dan penganjur akan terus mengingatkan penerjun untuk lebih berhati-hati," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Sementara itu, Presiden Persatuan Penerjun BASE Malaysia, Kapten (B) A Aziz Ahmad, ketika dihubungi berkata punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.

"Kemalangan ini boleh berlaku kepada sesiapa dan di mana-mana terjunan seperti ini dilakukan," katanya. - Apakes
Penerjun Tersangkut Di Tingkat 15 Penerjun Tersangkut Di Tingkat 15 Reviewed by Lina Slayer on 15:32:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.