Peniaga Kuaci Curi Arak, Kondom, Coklat




AYER KEROH - Seorang peniaga kuaci dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM1,200 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah mencuri arak, kondom dan coklat, tahun lalu.

Too Loi Heng, 34, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Mohd Firdaus Saleh.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mencuri semua barang berkenaan di pasar raya AEON Jusco Bandaraya Melaka berjumlah RM173.71, kira-kira jam 4 petang, 13 Februari tahun lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, N Sivashangari memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal ke atas tertuduh.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM1,200 terhadap tertuduh, jika gagal membayar akan dipenjara sebulan. Tertuduh membayar denda berkenaan. - Apakes

Peniaga Kuaci Curi Arak, Kondom, Coklat Peniaga Kuaci Curi Arak, Kondom, Coklat Reviewed by Lina Slayer on 16:11:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.