Peniaga Maut, Kereta Terbabas




TELUK INTAN - Seorang peniaga maut selepas kereta dipandunya terhumban ke dalam parit di Kilometer 7, Jalan Maharajalela, dekat sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 3 pagi itu, mangsa, Tang Liang Chun, 37, dari Jalan Tepi Sungai, Hutan Melintang, Bagan Datuk, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Superintendan Yahaya Hassan, berkata ketika kejadian mangsa memandu kereta Perodua Myvi sedang dalam perjalanan dari arah Teluk Intan menuju Hutan Melintang.

Katanya, sebaik tiba di tempat kejadian kereta dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke kanan jalan.

"Akibat kemalangan itu, kenderaan itu masuk ke dalam parit yang berair dan mangsa kemudian disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Mayat mangsa dikeluarkan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Teluk Intan sebelum dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Yahaya berkata, kereta mangsa mengalami kerosakan teruk dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan berkata, pihaknya yang menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 3.19 pagi, membantu mengeluarkan mayat mangsa dan menyerahkannya kepada pihak polis. - Apakes
Peniaga Maut, Kereta Terbabas Peniaga Maut, Kereta Terbabas Reviewed by Lina Slayer on 13:42:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.