Penjara 30 Bulan Kerana SMS Lucah




KUALA TERENGGANU - Seorang peniaga dijatuhi hukuman penjara 30 bulan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini selepas didapati bersalah menghantar teks khidmat pesanan ringkas (SMS) lucah kepada seorang guru pada Mac tahun lalu.

Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz membuat keputusan itu selepas tertuduh, Mohd Basyir Abu Bakar, 27, mengaku salah terhadap 10 pertuduhan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Mohd Basyir berdepan 10 pertuduhan menggunakan SMS secara sedar dan membuat penghantaran komunikasi lucah ke nombor lain dengan niat untuk mengganggu orang lain.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di antara jam 12.40 tengah malam hingga jam 6.08 petang pada 1 Mac hingga 4 Mac 2016, yang mana SMS itu dibaca di sebuah premis di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Puteri, Kampung Tok Has, Jertih.

Sejurus pengakuan bersalah tertuduh direkodkan, Mohamad Haldar menjatuhkan hukuman penjara selama tiga bulan bagi setiap pertuduhan.

Bagaimanapun, tertuduh hanya dipenjara selama tiga bulan selepas mahkamah mengarahkan hukuman penjara berjalan serentak.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Nazrul Nizam Mohd Zameri, manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Hayyatuddin Muhamad dan Muhamad Zulfaqar Al-Basysyar Saharrudin. - Apakes

Penjara 30 Bulan Kerana SMS Lucah Penjara 30 Bulan Kerana SMS Lucah Reviewed by Lina Slayer on 03:35:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.