Penunggang Motosikal Maut Akibat Tumpahan Minyak




AMPANG - Tumpahan minyak di permukaan jalan raya, menyebabkan seorang penunggang motosikal hilang kawalan sebelum maut dilanggar lari oleh sebuah kenderaan di Jalan Klang Gate menghala ke Taman Melawati dekat sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, mangsa Zamri Mat Rani, 48, dari Kampung Sungai Chinchin, Gombak mati di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala.

Jurucakap bomba berkata, sejurus terjatuh, mangsa dipercayai dilanggar lari oleh kenderaan yang tidak dikenal pasti sehingga menyebabkan kematiannya.

"Tumpahan minyak di kawasan terbabit menyebabkan permukaan jalan menjadi licin dan berlaku kemalangan. Namun, kami hanya mengenal pasti identiti mangsa saja, manakala pemandu yang melanggarnya sudah melarikan diri.

"Seramai enam anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ampang dan Setapak ke lokasi kejadian bagi membersihkan tumpahan minyak berkenaan," katanya.
- Apakes
Penunggang Motosikal Maut Akibat Tumpahan Minyak Penunggang Motosikal Maut Akibat Tumpahan Minyak Reviewed by Lina Slayer on 15:10:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.