Polis 'Sentuh' Remaja Lelaki Kena Tahan




KUCHING - Seorang anggota polis ditahan kerana didakwa melakukan sentuhan seksual terhadap remaja lelaki, Isnin lalu.

Suspek yang berpangkat Lans Koperal, ditahan di sebuah rumah di Jalan Pinang Jawa di Kuching jam 5.30 petang hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar, berkata suspek yang berusia 33 tahun ditahan selepas mangsa yang berusia 14 tahun membuat laporan di Balai Polis Batu Kawa jam 12.45 tengah malam tadi.

Beliau berkata, berdasarkan laporan itu, suspek didakwa melakukan sentuhan seksual terhadap mangsa di dalam keretanya kira-kira jam 1.10 tengah hari Isnin lalu.

"Suspek yang juga kenalan keluarga mangsa pada mulanya datang ke rumah dan menawarkan diri untuk menghantar remaja terbabit ke kedai kakaknya.

"Namun ketika dalam perjalanan, suspek membawa mangsa ke satu kawasan di Batu Kawa sebelum melakukan sentuhan fizikal terhadap remaja terbabit," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dev berkata, remaja terbabit kemudian di hantar ke kedai kakak mangsa seperti yang dijanjikan selepas kejadian.

Beliau berkata, selepas enam hari kejadian, mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Batu Kawa kerana bimbang suspek mengulangi perbuatan itu terhadapnya.

"Berdasarkan laporan yang diterima, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Padawan menahan suspek.

"Suspek bertugas di Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuching esok untuk mendapatkan perintah reman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017," katanya. - Apakes
Polis 'Sentuh' Remaja Lelaki Kena Tahan Polis 'Sentuh' Remaja Lelaki Kena Tahan Reviewed by Lina Slayer on 15:44:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.