Punca Penceraian Adam Shahz Kerana Disihir?




Baru-baru ini cerita mengenai dakwaan punca penceraian pelakon Juvana, Adam Shahz dengan bekas isterinya, Fatin Afeefa.

Kalau diikutkan, memang banyak kita dengar tapi semuanya boleh dikatakan gosip liar, hinggalah satu hari pelakon itu berkongsi di laman sosial mengenai dia disihir oleh seseorang yang rapat.

Adam didakwa disihir seseorang sehingga menyebabkan rumah tangganya bergolak. Pada tempoh itu, Adam dikatakan sering mengalami masalah kesihatan.

Hubungan dia dan isteri pada waktu itu sentiasa renggang dan bermasalah.

Entri itu juga telah pun dipadam olehnya tidak lama selepas itu. Geram juga apabila masih ada manusia zaman ini menggunakan ilmu hitam merosakkan hubungan suami isteri.

Mungkin manusia seperti itu lupa bahawa dosa, pahala, syurga dan neraka itu wujud. Yalah kalau dia sedar, mesti perkara seperti itu tidak berlaku dalam masyarakat kita.

Kita doakan semoga Adam Shahz bertabah dengan ujian ini dan segera berubat. Bimbang pula nanti akan beri kesan kepada kerjaya lakonannya. - Apakes
Punca Penceraian Adam Shahz Kerana Disihir? Punca Penceraian Adam Shahz Kerana Disihir? Reviewed by Lina Slayer on 16:43:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.