Raf Yaakob Dikritik Pengikut Di Instagram




Kata orang tua, dalam tempoh pertunangan ini ada macam-macam dugaan dan setiap pasangan perlu kuat dalam menempuh 'perjalanan' ini sebelum ke jenjang pelamin.

Tapi berlainan pula dengan Raf Yaakob kerana dugaannya sedikit berbeza apabila tunangnya yang juga aktres, Mawar Rashid seorang yang manja dan sikapnya itu membuatkan dia berasa bahagia!

Walaupun dikritik oleh pengikutnya di Instagram kerana layanan istimewanya terhadap Mawar, namun adik kepada penyanyi dan chef, Datuk Fazley Yaakob ini mengakui bukan susah melayan karenah bakal isterinya itu.

"Ada baca beberapa komen yang mengatakan 'sekejap saja dia layan Mawar macam tu, acah-acah romantik je tu, dah kahwin nanti berubah'.

"Jujurnya, bukan susah untuk saya layan tunang macam itu. Alhamdulillah, dia sangat bagus dan manja dengan saya.

"Dia jujur, baik hati, penyayang dan paling penting, dia buat saya bahagia," katanya.

Dalam entri sama, Raf turut menasihatkan wanita lain agar bersikap lembut dengan pasangan masing-masing kerana lelaki akan melakukan perkara sama.

"Sayang awak, wanita saya @mawarashid. Kepada para gadis, apabila awak berlembut dengan pasangan, cakap tak kasar, hormat pada dia, Insya-Allah pasangan akan 10 kali ganda lagi lembut melayan anda.

"Selalunya lelaki seperti itu, mereka sukakan kelembutan daripada wanita dan apabila pasangan dah lembut macam tu, jangan pula kita ambil kesempatan dan 'naik kepala'.

"Dalam Al-Quran dah cakap, kita harus berbuat baik dan memuliakan kaum wanita. Jadi, it takes two to tango. Harus ada kesungguhan daripada kedua pihak kan?" ujarnya.

Sementara itu, Raf juga memberitahu segala persiapan perkahwinan mereka kini berjalan dengan lancar dan akan berkongsi mengenainya apabila sudah bersedia.

"Alhamdulillah persiapan perkahwinan kami berjalan dengan lancar. #MawaRaf akan berkongsi tarikh bila kami bersedia.

"Doakan semuanya berjalan dengan lancar hendaknya. Amin," katanya.

Terdahulu pasangan ini melangsungkan pertunangan dalam sebuah majlis tertutup di Roof Garden @ Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara pada 7 Julai lalu. - Apakes

Raf Yaakob Dikritik Pengikut Di Instagram Raf Yaakob Dikritik Pengikut  Di Instagram Reviewed by Lina Slayer on 01:14:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.