"Rasa Nak Menangis Bila Tanya Soal Anak"



Pertanyaan mengenai zuriat kepada pasangan baru berkahwin bukan saja mampu mencetuskan tekanan namun perkara tersebut bagaikan tidak dapat lari daripada kebiasaan masyarakat kita.

Itulah realiti yang dihadapi pasangan yang belum dikurniakan zuriat di luar sana – termasuklah Noh Salleh dan juga isteri, Mizz Nina.

“Saya tak tertekan tentang soal anak cuma bila orang tanya baru ada tekanan tu, lebih-lebih lagi bila kawan-kawan dah ada anak.

Tak mahulah ditanya soalan ini lagi, rasa macam nak menangis, pinta saya doakan semoga kami dimurahkan rezeki ya,” kongsinya.

Noh dan juga Mizz Nina telah mendirikan rumahtangga pada tahun 2011 dan sebagai selebriti, pasangan ini tidak dapat lari daripada persoalan yang sama mengenai cahaya mata, lebih-lebih lagi bila sudah enam tahun menjadi suami isteri.

Suka atau tidak, inilah realiti yang berlaku pada masyarakat di sekeliling mereka. Bertabahlah buat pasangan yang belum dikurniakan cahaya mata dalam menghadapi perkara sebegini. The right things will happen at the right time. - Apakes
"Rasa Nak Menangis Bila Tanya Soal Anak" "Rasa Nak Menangis Bila Tanya Soal Anak" Reviewed by Lina Slayer on 14:21:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.