Remaja Ditemui Lemas




BACHOK - Seorang remaja lelaki ditemui lemas selepas mandi di Pantai Perkasa, Kampung Sungai Dua, di sini, hari ini.

Mangsa, Idi' Arif Idris, 16, ditemui jam 2.47 petang kira-kira 60 meter dari lokasinya terjatuh.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Penolong Penguasa Bomba Muhammad Khairu Yusoff, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 1.25 tengah hari.

Katanya, seramai tujuh anggota yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Ibrahim Rohni dikejarkan lokasi kejadian.

"Usaha mencari dilakukan dan mangsa ditemui kira-kira satu jam setengah selepas dilaporkan terjatuh.

"Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis dan dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II)," katanya. - Apakes

Remaja Ditemui Lemas Remaja Ditemui Lemas Reviewed by Lina Slayer on 02:49:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.