RM58 Untuk Parti Lentok, 225 Ditahan




IPOH - Seramai 225 individu berusia antara 18 hingga 35 tahun ditahan dipercayai terbabit dalam parti liar di tingkat tujuh di sebuah hotel di Medan Ipoh sini malam tadi.

Daripada jumlah yang ditahan, 62 termasuk seorang pelajar sebuah Institut Pengajian Tinggi (IPT) di sini dikesan positif dadah.

Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan, berkata sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri menyerbu premis berkenaan jam 11.30 malam selepas menerima maklumat awam.

Katanya, ketika serbuan polis mendapati semua pengunjung sedang berhibur diiringi dengan muzik kuat.

"Pemeriksaan terhadap 225 pengunjung parti berkenaan, 62 daripada mereka didapati positif dadah.

"Seorang lelaki turut ditahan dipercayai memiliki dadah jenis ecstasy dan polis turut menemui tujuh biji pil dadah sama serta dadah jenis ganja seberat 33.5 gram di atas lantai premis berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Hasnan berkata, siasatan awal mendapati penganjur membuat promosi parti berkenaan menerusi aplikasi telefon dan laman sosial.

"Difahamkan, penganjur terbabit sudah beberapa kali menganjurkan parti liar seumpama itu.

"Pengunjung perlu membayar RM58 bagi tempahan awal manakala RM78 bagi pembayaran terus untuk memasuki parti berkenaan," katanya. - Apakes

RM58 Untuk Parti Lentok, 225 Ditahan RM58 Untuk Parti Lentok, 225 Ditahan Reviewed by Lina Slayer on 16:56:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.