Rosma AF Dihentam Teruk Oleh Netizen




Teruk juga bekas peserta Akademi Fantasia 1 (AF1) iaitu Rosma dihentam oleh peminat gara-gara gambarnya ketika menghadiri konsert AF Megastar pada Sabtu lalu tidak sesuai dengan imej ditampilkan.

Ramai beranggapan sebagai seorang wanita yang mengenakan hijab Rosma tidak sepatutnya muncul dengan pakaian yang menampakkan bentuk tubuh dan tudung pendek serta tidak menutupi bahagian dada.

Rosma ketika dihubungi berkata dia tidak berkecil hati dihentam netizen sebaliknya berterima kasih kepada yang memberi teguran dan menganggap mereka berniat baik.

"Saya terima teguran diberikan kepada saya kerana itu tanda orang sayang pada kita.

"Mereka sebenarnya berniat baik dan tidak mahu melihat saya melakukan perkara buruk yang pada akhirnya merugikan saya.

"Saya langsung tak berkecil hati malah gembira ada orang menegur kerana sebagai manusia biasa saya pun kadang-kadang tak perasan kesalahan yang dilakukan," katanya.

Dalam pada itu, Rosma berkata, dia akan lebih berhati-hati memilih pakaian yang akan digayakan agar tidak mengulangi kesalahan sama.

Bercakap mengenai penglibatannya dalam program AF Megastar, Rosma berkata, dia sudah bersedia untuk berentap menerusi konsert prelude minggu kedua pada Ahad ini.




Tidak meletakkan harapan tinggi untuk mara ke peringkat seterusnya, Rosma memberitahu sasarannya adalah untuk tampil dengan persembahan yang dapat menggembirakan hati peminatnya.

"Alhamdulillah setakat ini persiapan menjelang konsert sedang dibuat dan saya tidak mahu terlalu fikir banyak.

"Paling penting saya dapat buat persembahan dengan baik untuk peminat dan selebihnya menyerahkan kepada rezeki," ujarnya.

Minggu kedua AF Megastar bakal diadakan di Royal Theater, Shah Alam dan ia turut disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada pukul 9 malam. - Apakes
Rosma AF Dihentam Teruk Oleh Netizen Rosma AF Dihentam Teruk Oleh Netizen Reviewed by Lina Slayer on 13:50:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.