"Rupa Saya Tidak Kacak Dan Tidak Berwajah Jambu" - Namron




Namron bukanlah nama baru di dalam dunia lakonan Malaysia. Secara jujurnya, nama Namron tidaklah begitu popular berbanding pelakon-pelakon seperti Fattah Amin, Shaheizy Sam dan Zul Ariffin.

Akan tetapi mutu lakonan Namron memang tidak boleh dinafikan kehebatannya. Semalam di Festival Filem Malaysia ke 29, Namron telah dinobatkan selaku Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem Redha.

Walaupun kehebatan lakonannya tidak dipertikaikan, jarang sekali kita melihat kelibat Namron di dalam drama dan filem komersil.

Namron mengakui faktor wajahnya yang tidak kacak dan kurang ‘jambu’ menyebabkan tiada tawaran sebegitu diterima.

Saya tidak kacak dan bukan berwajah ‘jambu’… Saya hanya ada bakat sebagai modal. Saya hanya ada bakat lakonan sebagai modal dan saya perlu bagus.

Syukur ada penerbit dan pengarah yang masih sudi melihat saya dan percaya dengan kemampuan yang saya miliki.

Saya yakin kalau ada naskhah dan pasukan yang bagus, wajah tidak komersial juga boleh membuatkan filem jadi komersial.

Harapan saya satu hari nanti semua filem diterima secara baik tanpa menilai terlalu banyak soal nilai komersial. Semua filem ada nilai berkenaan cuma kita sedar atau tidak.

Sebagai pelakon, saya menerima dan bersedia dengan setiap cabaran andai diberi kepercayaan. - Apakes

"Rupa Saya Tidak Kacak Dan Tidak Berwajah Jambu" - Namron "Rupa Saya Tidak Kacak Dan Tidak Berwajah Jambu" - Namron Reviewed by Lina Slayer on 12:23:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.