"Saya Bersyukur Anak Gembira Dan Bahagia Dengan Kehadiran Bella" - Erra Fazira





Umum mengetahui hubungan serius diantara Engku Emran dan pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella dan semalam pula telah berlangsungnya majlis khatam Quran bagi pasangan itu.

Sebagai bekas isteri Emran, Erra Fazira turut sama gembira dengan berita pernikahan mereka sekaligus anak mereka, Aleesya mempunyai ibu baru.

“Seikhlasnya saya sangat gembira buat pasangan ini. Saya bersyukur dan lapang dada apabila pertama kali Emran memperkenalkan bakal isterinya. Saya lihat Bella seorang yang sangat mudah didekati dan lemah lembut”

“Saya paling senang dan bersyukur kerana Aleesya turut gembira dan bahagia dengan kehadiran Bella. Semoga penyatuan ini dilimpahi dengan kasih sayang dan keberkatan Allah.

Saya doakan mereka bahagia bersama hingga ke jannah. Amin,” jelasnya.

Semalam menerusi Instagram, Laudya ada berkongsi beberapa gambar sekitar majlis khatam Quran yang diadakan di kediamannya, Jakarta.

Antara yang hadir adalah keluarga dan teman-teman rapat pelakon itu. Sementara itu, dikatakan pasangan ini bakal disatukan pada pertengahan September ini.

“Semua rasa datang dari Allah. dan ini rasa yang tidak bisa saya tulis disini. InshAllah ini menjadi pengalaman pertama & terakhir.

Ya Allah tolong jaga keluargaku. Amieennn…ea sayang kalian,” tulisnya dalam satu gambar yang dimuat naik semalam di media sosial. - Apakes
"Saya Bersyukur Anak Gembira Dan Bahagia Dengan Kehadiran Bella" - Erra Fazira "Saya Bersyukur Anak Gembira  Dan Bahagia Dengan Kehadiran Bella" - Erra Fazira Reviewed by Lina Slayer on 12:45:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.