"Saya Mahu Kak Abby Turut Sama Di Pelamin" - Memey Suhaiza




Rata-rata netizen meluahkan rasa terharu melihat Abby Abadi berkongsi pelamin bersama Norman Hakim dan Memey Suhaiza di majlis persandingan kali kedua mereka baru-baru ini.

Kemesraan yang dipamerkan memang nampak ikhlas dan tidak dibuat-buat. Mereka seumpama sebuah keluarga bahagia yang diimpikan semua orang.

Untuk makluman, Memey Suhaiza sendiri yang telah memberi cadangan agar Abby Abadi dan suaminya turut bersanding bersama di majlis tersebut.

Apabila diusulkan cadangan untuk bersanding semula sempena menyambut ulang tahun perkahwinan kami, saya mahu kak Abby turut sama berada di pelamin dan dimeriahkan dengan kehadiran anak-anak, keluarga serta sahabat handai.

Semalam, memberikan makna yang sangat besar dalam hidup saya dan detik indah ini harus dikongsikan bersama anak-anak.

Perkara yang paling penting apabila keluarga dan anak-anak dapat memahami, selebihnya terpulang kepada mereka di luar sana.

Apa yang baik diharap dapat dijadikan teladan dan kalau sebaliknya, jadikan ia sebagai sempadan
memey suhaiza.

Sekali lagi Abang Nara ingin memuji usaha yang dilakukan oleh Norman Hakim, Memey Suhaiza dan Abby Abadi untuk memastikan ikatan kekeluargaan mereka terus utuh.

Semoga anda di luar sana yang turut mengalami masalah rumahtangga dapat belajar daripada mereka bertiga. Buang yang keruh, ambil yang jernih.

Pastikan anda tidak mengabaikan tanggungjawab, lebih-lebih jika perkahwinan anda yang gagal itu mempunyai cahaya mata. - Apakes






"Saya Mahu Kak Abby Turut Sama Di Pelamin" - Memey Suhaiza "Saya Mahu Kak Abby Turut Sama Di Pelamin" - Memey Suhaiza Reviewed by Lina Slayer on 11:48:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.