"Saya Minta Maaf Jika Saya Ada Buat Salah" - Kamal Adli




Kamal Adli meluahkan rasa kesal terhadap teguran pengarah filem Datuk Jurey Latiff  kerana kegagalannya muncul pada malam tayangan filem Malay Regiment pada 29 Ogos lalu.

Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 31, berkata dia sudah memaklumkan kepada pihak produksi tidak dapat memenuhi undangan berkenaan kerana menjalani penggambaran drama Duda Pujaan Dara.

"Pada mulanya saya diam sahaja sebab tiada ada masalah dengan abang Jurey. Tapi tak sangka dia keluarkan kenyataan di akhbar saya tak muncul malam tayangan filem itu.

"Apa yang dia katakan itu membuatkan saya betul-betul terasa. Saya dah maklumkan kepada pihak produksinya.

"Kalau sempat memang saya akan hadir sebab ada penggambaran drama Duda Pujaan Dara. Tapi pihak produksi drama tidak dapat lepaskan saya sebab masa tidak cukup," kata.

Kamal ditemui ketika malam tayangan filem Kolestrol Vs Cinta di GSC, Mid Valley baru-baru ini.
Filem tersebut sudah ditayangkan pada Khamis.

Tambah Kamal lagi, dia juga terasa hati apabila Jurey selaku pengarah Malay Regiment yang mendoakan dia tidak laku selepas ini.

Malah, kekasih kepada Emma Maembong ini ingin memperbetulkan bahawa dia bukanlah pelakon utama filem tersebut seperti yang dikatakan pengarah itu.

"Apa yang dia katakan, doakan saya tak laku, memang saya terasa. Pihak dia pun tidak menghubungi saya selepas itu.

"Tapi saya nak betulkan dekat sini, saya bukan pelakon utama seperti yang dikatakannya. Saya hanya pelakon sampingan. Malah, gambar saya pun tidak ada dalam poster filem itu," ujarnya.

Bagaimanapun, Kamal ingin memohon maaf kepada pihak Jurey dan tetap mempromosikan filem tersebut di laman sosialnya.

"Bagi pihak saya minta maaf jika saya ada buat salah dan tidak dapat hadir pada malam itu. Tapi saya masih promosi filem ini di laman sosial.

"Malah, saya tidak ada apa-apa masalah jika untuk bekerjsama lagi selepas ini," katanya.

Dalam pada itu, Kamal hanya ingin menjelaskan keadaan sebenar bukan untuk memperbesarkan lagi masalah.

"Saya dapat tahu pun bila baca kenyataan dia di sebuah akhbar. Tapi apa yang beritahu ini bukan nak besarkan lagi masalah.

"Sekadar nak jelaskan situasi dan keadaan sebenar kenapa saya tidak muncul pada malam tersebut," katanya - Apakes
"Saya Minta Maaf Jika Saya Ada Buat Salah" - Kamal Adli "Saya Minta Maaf Jika Saya Ada Buat Salah" - Kamal Adli Reviewed by Lina Slayer on 02:27:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.