"Saya Tak Suka Kongsi Hal Peribadi Kepada Umum" - Remy Ishak




Remy Ishak mengambil pendekatan untuk tidak berkongsi gambar bersama tunang di laman sosial miliknya kerana berasakan ia terlalu peribadi.

Remy berkata, tidak semua perkara yang berlaku atas dirinya perlu dikongsi bagi tatapan umum.

"Tidak semua manusia sama. Mungkin ada yang suka berkongsi gambar dengan pasangan di laman sosial. Malah saya tidak salahkan mereka kerana ini pilihan dan hak masing-masing.

"Berbeza dengan saya apabila menjadikan perkara sebagai sesuatu yang privasi. Saya faham peminat ingin tahu, tetapi ini pendirian saya. Harap semua faham dan hormat.

"Lagi pula antara kami saya yang selebriti. Jadi biar saya seorang saja ke depan," katanya.

Terdahulu Remy selamat bertunang dengan gadis pilihannya yang dikenali sebagai Ezza Yusof pada 30 April lalu.

Difahamkan Ezza yang berasal dari Mentakab, Pahang juga seorang ahli perniagaan.

Ditanya mengenai majlis perkahwinan mereka, Remy mengakui belum mempunyai sebarang tarikh.

"Perancangan sudah ada, tetapi belum ada sebarang tarikh ditetapkan. Bukan apa buat masa sekarang saya sibuk dengan komitmen kerja.

"Apa yang penting sekarang doakan saja yang terbaik buat kami," katanya.

Dalam perkembangan lain, Remy bakal muncul dalam filem Kau Takdirku pada 7 September ini.

Filem terbitan Primeworks Studio ini menampilkan Remy, Ezzaty Abdullah dan Bront Palarae selaku watak utama.

"Filem ini menceritakan kisah mengenai Kamar iaitu saya yang dalam diam menjalin hubungan cinta dengan Alya lakonan Ezzay yang telah berkahwin dengan rakannya, Harris lakonan Bront.

"Jalan cerita filem ini sangat menarik dan ada kena mengena dengan realiti kehidupan sekarang. Bagi saya tema filem ini sesuai ditonton pada zaman sekarang. Saya tak sabar menunggu maklum balas peminat," katanya. - Apakes
"Saya Tak Suka Kongsi Hal Peribadi Kepada Umum" - Remy Ishak "Saya Tak Suka Kongsi Hal Peribadi Kepada Umum" - Remy Ishak Reviewed by Lina Slayer on 01:41:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.