"Saya Tidak Akan Sesekali Buka Tudung" - Fathia Latiff




Biarpun pada awalnya berdolak-dalik mengenai identiti sebenar gadis berahi di dalam video yang tersebar, Fathia Latiff tidak mampu lagi menyembunyikan perkara itu.

Walaupun saban hari Fathia digasak dengan hentaman dan cacian peminat, beliau kesal kontroversi yang melanda dirinya turut mengheret maruah keluarganya sekali.

“Saya tidak kisah jika berterusan dikecam, tapi apabila keluarga turut sama menanggung malu, saya rasa bersalah. Berulang kali saya memohon maaf daripada mereka, terutama ibu.

Saya tahu ibu begitu kecewa, tetapi semuanya sudah berlaku. Mahu atau tidak, saya terpaksa menanggung kesannya”

“Alhamdulillah, ketika saya dalam kekalutan dan jiwa sedang kacau, keluarga tidak membelakangkan saya.

Mereka setia berdiri di belakang, memberikan kata semangat ketika saya tersasar dan melakukan kesilapan besar.

Saya percaya kepada rezeki, malah tidak akan berhenti berusaha dan bertawakal kerana semua itu sudah tertulis”

Dalam masa yang sama, Fathia meminta agar dirinya diberikan peluang untuk memperbetulkan kesilapan yang dilakukannya sekaligus memperbaiki keimanan dirinya yang masih terumbang ambing.

Pun begitu, Fathia tegas mengatakan dirinya tidak akan sesekali membuka tudung biarpun ramai yang mendakwa pelakon itu bakal mengikut jejak Uqasha Senrose.

“Jika ditakdirkan perjalanan kerjaya seni saya terhenti di sini, saya reda dan pasrah. Saya masih belum sempurna, tetapi selagi Tuhan memegang hati, saya tidak akan membuka tudung.

Berilah saya ruang untuk memperbaiki kekurangan diri,” jelasnya.

Sebelum ini, beberapa video menunjukkan Fathia yang kelihatan seperti ‘mabuk’ sedang menari sambil memaparkan sebahagian payu daranya tersebar di media sosial. Lebih parah lagi apabila aksinya itu dirakam dalam aplikasi Live Bigo.

Tidak lama kemudian nama Fathia terus hangat apabila beliau digugurkan dalam sebuah drama kerana masalah disiplin. - Apakes

"Saya Tidak Akan Sesekali Buka Tudung" - Fathia Latiff "Saya Tidak Akan Sesekali Buka Tudung" - Fathia Latiff Reviewed by Lina Slayer on 16:19:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.