"Saya Tidak Dapat Tawaran Berlakon" - Sharnaaz Ahmad




Jika sebelum ini Sharnaaz Ahmad sering membintangi drama dan juga filem namun kini segalanya berubah apabila dia tiada tawaran berlakon untuknya sehingga membuatkan dia ingin menerbitkan drama sendiri namun membatalkan hasratnya itu.

“Saya pelik tiada tawaran lakonan buat saya. Kalau ada pun, drama episod yang panjang. Saya terpaksa tolak kerana tidak mampu memberi komitmen berbulan-bulan. Bukan apa, bakat baharu, tidak kisahlah, sekurang-kurangnya mereka boleh mendapat pendapatan tetap”

Bagaimanapun menurut pelakon lelaki ini, pintu rezekinya ketika ini terbuka di bidang perniagaan pula walaupun tidak mendapat permintaan di bidang lakonan.

“Mungkin daripada segi lakonan tiada tawaran, namun Allah buka rezeki untuk saya meneroka bidang perniagaan. Alhamdulillah, saya terbabit dalam kegiatan pembinaan, pembersihan dan perdagangan”

“Saya tidak boleh mengharapkan pendapatan daripada lakonan kerana perlu memikirkan masa depan keluarga. Alhamdulillah, saya bersyukur dengan kehidupan sekarang, apatah lagi sentiasa berada di samping isteri membuat saya cukup bahagia,” kongsinya . - Apakes

"Saya Tidak Dapat Tawaran Berlakon" - Sharnaaz Ahmad "Saya Tidak Dapat Tawaran Berlakon" - Sharnaaz Ahmad Reviewed by Lina Slayer on 01:14:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.