"Saya Tidak Mahu Perangai Buruk Saya Memberi Kesan Negatif Pada Anak"




Bakal bergelar bapa tidak lama lagi, penyanyi Hafiz Suip menyatakan bahawa dia kini banyak berubah lebih-lebih lagi setelah isterinya hamil.

Tambah Hafiz, sebelum isterinya hamil, dia sangat mudah marah jika ada perkara yang tidak kena berlaku.

“Dulu, jika ada yang tidak kena, saya mudah naik angin. Perkara kecil juga boleh mengundang kemarahan jika tidak ditangani dengan matang.

Sejak isteri hamil, saya belajar tenangkan diri. Saya mula mengawal diri dan mengikis sifat negatif itu”

“Saya tidak mahu perangai buruk saya itu memberi kesan negatif kepada anak. Alhamdulillah, menjadi suami dan bakal bapa membantu saya supaya lebih matang dalam menangani diri serta dugaan yang menguji,” katanya.

Sementara itu, berbicara soal cahaya mata, Hafiz berkata dia dan isteri sudah pun memilih nama anak pertama mereka iaitu Mohamad Riyadh yang membawa maksud taman bunga yang makmur.

Semoga segala perancangan pasangan ini menjelang hari kelahiran anak pertama mereka berjalan lancar.
- Apakes
"Saya Tidak Mahu Perangai Buruk Saya Memberi Kesan Negatif Pada Anak" "Saya Tidak Mahu Perangai Buruk Saya Memberi Kesan Negatif Pada Anak" Reviewed by Lina Slayer on 02:28:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.