“Sejak Awal Saya Tak Setuju, Adira Buang Masa” – Datuk Red




Suami kepada penyanyi Adira iaitu Datuk Sri Adnan Abu sudah menjangkakan isterinya itu akan dikeluarkan daripada program realiti Akademi Fantasia (AF) Megastar pada malam Ahad lalu.

Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red berkata, dia pelik apabila Adira diminta untuk membawa anak mereka iaitu Anggerik pada malam pertandingan biarpun bayi tidak dibenarkan sepanjang program berlangsung.

"Saya sudah jangka Adira akan terkeluar kerana sejak masuk program ini dia tidak dibenarkan membawa bayi ke sesi latihan atau masa pertandingan. Tapi malam itu pihak produksi berkali-kali ingatkan dia supaya bawa anak.

"Jangan kata saya tidak mengundi, letih sudah mengundi, malah semua pekerja saya pun mengundi," ujarnya.

Adnan diminta mengulas tentang Adira yang tersingkir pada minggu pertama pertandingan nyanyian yang berlangsung yang diadakan di Royal Theater, Shah Alam.

Dalam pada itu, tambah Adnan, sejak awal lagi dia tidak bersetuju isterinya memasuki pertandingan tersebut, namun dia menghormati keputusan yang dibuat Adira.

"Sejak awal lagi saya tidak setuju kerana dia sudah ada nama dan tidak perlu sertai pertandingan begitu. Lagi pula saya kasihankan Anggerik yang masih kecil.

"Namun, saya sokong bila dia mahu juga sertai. Tapi itulah, saya rasa dia hanya buang masa je, lebih baik dia fokus cari lagu baru dari sertai program ini," ujarnya.

Sementara itu, ditanya mengapa dia tidak kelihatan pada program berkenaan, Adnan berkata, dia kurang berminat untuk menemani isterinya ke program-program berbentuk hiburan.

AF Megastar menampil 40 peratus keputusan berdasarkan undian penonton menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) manakala juri mewakili 60 peratus markah. - Apakes

“Sejak Awal Saya Tak Setuju, Adira Buang Masa” – Datuk Red “Sejak Awal Saya Tak Setuju, Adira Buang Masa” – Datuk Red Reviewed by Lina Slayer on 14:02:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.