"Sekarang Banyak Cara Orang Nak Malukan Kita"




Jika anda pengguna tegar Twitter dan selalu meluangkan masa di dalam dunia Twitter tanah air, nama Ahmad Idham baru-baru ini menjadi sebutan bukan saja kerana poster filemnya menjadi bahan cemuhan malah pelakon dan pengarah itu juga didakwa ‘like’ video lucah di laman sosial tersebut.

Sememangnya tidak mudah melatah dan tenang berhadapan dengan isu sebegini, Ahmad Idham dalam masa yang sama tidak menolak kemungkinan perkara tersebut terjadi kerana akaun Twitter-nya itu digodam.




“Saya baru tahu tentang perkara ini dan malas nak layan. Sekarang banyak sahaja cara orang nak malukan kita. Sedangkan gambar pun mereka boleh sunting apatah lagi benda-benda seperti itu”

“Setahu saya laman-laman web lucah di negara ini sudah disekat macam mana nak cari melainkan yang bijak pandai dengan Internet sahaja,” jelasnya.

Selain itu, Ahmad Idham turut menafikan bahawa dia sendiri mencari video berkenaan namun ada pihak yang menghantar perkara yang bukan-bukan kepadanya.

“Perkara itu tidak mustahil kerana zaman sekarang kita telalu terdedah dengan penggunaan Internet. Kadang-kadang ada sahaja orang hantar link yang bukan-bukan kepada kita.

Bohonglah kalau saya kata saya tidak pernah tengok video lucah”

“Tapi ia bukan saya yang mencari video seperti itu sebaliknya ada sahaja individu yang hantar bukan-bukan di laman sosial kita, bila bukak…rupa-rupanya ia kandungan yang tidak senonoh,” katanya.
- Apakes
"Sekarang Banyak Cara Orang Nak Malukan Kita" "Sekarang Banyak Cara Orang Nak Malukan Kita" Reviewed by Lina Slayer on 14:16:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.