"Semua Rasa Ini Datangnya Dari Allah" - Laudya Cynthia Bella




Pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella dan bekas suami Erra Fazira iaitu Engku Emran dijangka akan mengadakan majlis pernikahan pada pertengahan September ini.

Menguatkan lagi apa yang diberitahu sumber tersebut, baru-baru ini Laudya memuatnaik gambar sekitar majlis khatam Quran yang dihadiri keluarga terdekatnya yang diadakan di Jakarta.

“Semua rasa datang dari Allah. dan ini rasa yang tidak bisa saya tulis disini. InshAllah ini menjadi pengalaman pertama & terakhir.

Ya Allah tolong jaga keluargaku. Amieennn…ea sayang kalian,” tulis Ladya dalam satu gambar yang dimuatnaiknya.

Sementara itu dalam muatnaik gambar lain, Laudya turut menyatakan bahawa bulan September merupakan bulan yang sangat istimewa buat dia dan juga sepupunya.

Apa yang pasti, kejelitaan dan kelembutan wajah pelakon Indonesia ini jelas terpancar dalam setiap gambar yang dikongsikannya.

Bibit cinta di antara pasangan ini dikatakan mula terbit setelah diperkenalkan oleh Nora Danish malah menurut sumber akhbar tersebut, anak Emran iaitu Aleesya juga sangat menyenangi dan menyanyangi selain turut selesa bersama Laudya.

Pasangan ini juga khabarnya turut memilih untuk bernikah di Kuala Lumpur dan bukan di Jakarta di dalam sebuah majlis tertutup yang akan dilangsungkan di lokasi rahsia sekitar Kuala Lumpur.

Apa pun, semoga segala perancangan pasangan ini dipermudahkan. - Apakes









"Semua Rasa Ini Datangnya Dari Allah" - Laudya Cynthia Bella "Semua Rasa Ini Datangnya Dari Allah" - Laudya Cynthia Bella Reviewed by Lina Slayer on 14:21:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.