Shaheizy Sam Belum Bankrap, Lebih Peka Selepas Ini




Pelakon Shaheizy Sam yang sebelum ini pernah dihimpit kontroversi mengenai isu LHDN sebelum ini bagaimanapun tidak mahu memanjangkan isu ini sebaliknya apa yang berlaku kepada dirinya adalah menjadi pengajarannya supaya lebih berhati-hati pada masa depan agar perkara ini tidak berulang lagi.

“Saya terkejut kerana tidak tahu menahu mengenai notis muflis yang disiarkan dalam ruangan iklan sebuah akhbar. Isu cukai ini membuatkan saya lebih peka.

Jika perkara ini tidak terjadi, saya tidak akan tahu. Banyak perkara saya belajar melalui isu ini,” katanya yang du Majlis Pelancaran OST & Trailer Pinjamkan Hatiku.

Walaubagaimanapun Sam tidak boleh mengulas lebih lanjut berhubung isu tunggakan cukainya kerana perkara itu masih dibincangkan dengan pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Apabila semua selesai, saya akan beritahu kepada umum. Saya enggan menyalahkan mana-mana pihak kerana saya juga ada salahnya. Apa yang penting, saya belum disahkan bankrap, itu cuma notis,” katanya lagi. - Apakes
Shaheizy Sam Belum Bankrap, Lebih Peka Selepas Ini Shaheizy Sam Belum Bankrap, Lebih Peka Selepas Ini Reviewed by Lina Slayer on 14:25:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.