"Shahir Nafi Buat Persiapan Perkahwinan"




Hubungan yang terjalin diantara Shahir dan Erra Fazira memang dari dulu lagi tidak ketahui statusnya, namun baru-baru ini timbul pula cerita mengenai pasangan ini sedang giat membuat persiapan perkahwinan.

Terkejut dengan gosip liar berkenaan, Shahir menafikannya sambil menjelaskan tumpuannya kini lebih kepada program AF Megastar.

“Belum ada sebarang persiapan. Belum lagi. Persiapan saya sekarang adalah untuk program AF Megastar. Mereka mendoakan yang terbaik buat saya.

Erra turut memberi panduan dan nasihat berguna kerana dia sendiri pernah menjadi juri program AF sebelum ini”

“Malah Erra turut memberi kata-kata perangsang supaya saya dapat melakukan yang terbaik,” jelasnya berhubung dengan perkembangan hubungan mereka.

Untuk pengetahuan, pada Ahad lalu Shahir menyampaikan lagunya sendiri berjudul Kebahagiaan Dalam Perpisahan hingga dipilih sebagai finalis AF Megastar bersama 11 peserta lain.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Shahir memberitahu Erra banyak membantu dan memberikan sokongan terhadap dirinya untuk terus berusaha.  - Apakes
"Shahir Nafi Buat Persiapan Perkahwinan" "Shahir Nafi Buat Persiapan Perkahwinan" Reviewed by Lina Slayer on 14:02:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.